fbpx

‘Suka hatilah kau bang, nasib baik sedap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NETIZEN memuji kreativiti Namie yang mampu ‘mash up’ (gabung) tujuh lagu sekali gus.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ɴᴀᴍɪᴇ ꜱᴍʏ (@namiesmy)

NAMA pelawak Namie menjadi sebutan ramai sebab buat ‘hal’ ketika merakam beberapa cover song baru-baru ini dalam TikToknya.

Masakan tidak, sedang syok dengar nyanyiannya mendendangkan lagu Dawai milik Fadhilah Intan, tiba-tiba bertukar ada lirik berbeza.

Antara lagu yang diselitkan dalam Dawai ialah Sampai Menutup Mata (Acha Septriasa), Hati Yang Kau Sakiti (Datuk Rossa), Cinta (Melly Goeslaw), Janam Janam (filem Dilwale), Potret (Akim & The Majistret) dan Ku Rela Dibenci (Aiman Tino).

Memang padat tetapi gabungan tu kedengaran smooth tanpa cela.

Kebanyakan netizen turut memuji kreativiti Namie yang mampu ‘mash up’ (gabung) tujuh lagu sekali gus.

“Niat nak dengar lagu Dawai versi lelaki, sekali dia bagi versi rojak! Suka hatilah kau bang, nasib baik sedap.

“Tujuh lagu dia gabung. Memang jadi dawai kawad terus!” komen netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ɴᴀᴍɪᴇ ꜱᴍʏ (@namiesmy)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI