fbpx

RM206,000 lenyap ditipu “pegawai” syarikat kurier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BATU PAHAT – Gara-gara percaya dengan kiriman bungkusan barang terlarang, seorang penjawat awam berputih mata apabila RM206,000 simpanannya lenyap ditipu individu yang menyamar sebagai pegawai syarikat kurier dan pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian berlaku pada 5 Oktober lalu apabila wanita berusia 49 tahun itu menerima panggilan telefon mengatakan terdapat bungkusan diatas nama mangsa yang mengandungi barang terlarang.

Katanya, panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada seorang “pegawai” Polis dari Ibu Pejabat Kontinjen Perlis yang turut mendakwa barang dalam bungkusan atas nama wanita itu ada kaitan dengan pengubahan wang haram selain mempunyai satu rekod jenayah.

“Wanita itu diarahkan membuat pemindahan wang RM54,000 ke dalam satu akaun bank individu lain bagi mengelakkan akaunnya dibekukan. Wanita itu kemudian diminta menyediakan RM200,000 dalam akaun bank sebagai jaminan tidak dituduh bagi kes pengubahan wang haram,”katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ujarnya, setelah mangsa membuat semakan dengan pihak bank, terdapat pemindahan secara berperingkat berjumlah RM152,000 tanpa disedarinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI