PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir di seluruh negara sehingga pukul 5 petang ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang akan berdepan dengan cuaca buruk itu.
“Di Kedah, antara kawasan yang terlibat adalah Kubang Pasu, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Situasi sama turut dijangka di Perak melibatkan kawasan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Di bahagian pantai timur, ribut petir diramal di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) manakala kawasan yang terlibat di Terengganu adalah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman,” katanya.
Tambah MetMalaysia, hujan lebat turut dijangka di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin.
Dalam pada itu, kawasan yang akan berdepan dengan cuaca buruk di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat dan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Cuaca sama turut diramal di Negeri Sembilan (Jelebu) dan Johor (Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
“Kawasan yang diramal ribut petir di Sarawak pula adalah Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong), Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu dan Limbang manakala Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” katanya. – KOSMO! ONLINE