fbpx

[VIDEO] Remaja lemas bercuti bersama keluarga di Pantai Air Papan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Yasin Abdul Jaleel (kiri) ditemui lemas ketika bercuti bersama keluarganya di Pantai Air Papan, Mersing di sini hari ini.

MERSING – : Percutian seorang remaja bersama keluarganya di Pantai Air Papan, Mersing di sini bertukar tragedi selepas meninggal dunia akibat lemas.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing menerima satu laporan berkaitan kes lemas libatkan mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan.

Katanya mangsa Mohamad Yasin Abdul Jaleel, 18 berasal dari Kluang dijumpai orang awam kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

“Menurut saksi, mangsa dijumpai terdampar di tepi pantai lebih kurang 1 tengah hari sebelum diberi bantuan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian. Mangsa yg berusia 18 tahun berasal dari Kluang sedang bercuti di Pantai Air Papan bersama keluarga.

“Mangsa kemudian telah dikejarkan ke Hospital Mersing untuk rawatan namun disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI