fbpx

Pupuk nilai murni dalam keluarga, jadikan Malaysia negara hebat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada pelancaran Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Masyarakat diingatkan untuk terus memupuk amalan nilai murni dalam kehidupan berkeluarga agar Malaysia menjadi sebuah negara yang hebat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia adalah seiring dengan konsep dibawa oleh Kerajaan Madani ketika ini dalam menyatupadukan masyarakat di negara ini.

“Negara Madani itu dipupuk dan diangkat bermula dari institusi keluarga.

“Saya anggap bulan keluarga ini sangat penting untuk menjayakan negara Madani,” katanya ketika berucap pada pelancaran Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan di sini, hari ini.

Beliau turut berkata, dunia ketika ini disaksikan dengan kekejaman dan keganasan di Palestin membuatkan masyarakat di negara mudah tersentuh ekoran kita sudah dilatih untuk kenal apa itu ihsan, kasih sayang, rahmah dan erti kemanusiaan.

“Mereka bukan satu kaum dengan kita, mereka Arab ada Islam ada yang Kristian tetapi latihan asas daripada keluarga. Kita tahu apa itu kebaikan, apa itu kebenaran dan kemanusiaan menyebabkan perasaan kita terguris bila ada sahaja kezaliman.

“Bagi Malaysia yang ada pelbagai kaum dan agama latihan keluarga itu penting dalam mendidik anak-anak dari nilai juga menjadi salah satu tonggak memahami negara Madani,” katanya.

Jelasnya lagi, pemimpin masyarakat juga turut dinilai dari sudut keupayaan mengawal, mendidik, mengasuh dan mengasihi keluarga dalam membentuk seseorang pemimpin yang berjaya.

“Kalau keluarga porak peranda sukar nak bentuk masyarakat, kalau keluarga porak peranda maka sukar nak atur negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI