fbpx

Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang perlu bincang dengan Fadillah – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir merasmikan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar Ahli Parlimen pembangkang mengadakan rundingan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung permohonan peruntukan dikawasan masing-masing.

Anwar berkata, rundingan itu perlu diadakan bagi mereka mendapatkan peruntukan bagi kawasan mereka.

“Bincang dengan Datuk Seri Fadillah, dia (Ahli Parlimen pembangkang) belum bincang mana tahu syarat,” katanya secara ringkas kepada pemberita selepas Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas tindakan Ahli Parlimen pembangkang mahu menghentikan rundingan peruntukan bagi kawasan mereka.

Semalam, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Ahli Parlimen pembangkang bakal menghentikan rundingan atau permohonan peruntukan untuk kawasan mereka dengan Fadillah.

Katanya, beliau telah bertemu sebanyak dua kali dengan Timbalan Perdana Menteri Kedua itu yang diberi mandat oleh Anwar untuk berbincang mengenai peruntukan kawasan masing-masing.

“Apa yang diminta Fadillah adalah mahukan pembangkang menulis surat kepada mereka beri jaminan tertentu dan tandatangan memorandum persefahaman (MoU), dan setelah kami bincang itu tidak sepatutnya berlaku.

“Kami bincang ini tidak sepatutnya berlaku kerana semasa kerajaan dulu di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan yang tawarkan kepada pembangkang tandatangan MoU disediakan, tidak ada masalah apapun jadi kenapa pula kita perlu hantar surat untuk memohon dan beri akur janji?” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI