fbpx

Penyokong mahu Najib, Muhyiddin lupa masalah lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib (kiri) dan Muhyiddin diminta kembali bergerak bersama semula.

PUTRAJAYA – Penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu agar pemimpin itu melupakan masalah lama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin seterusnya kembali bergerak bersama semula.

Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, pihaknya berharap agar Najib dan Muhyiddin dapat bekerjasama semula dan bergerak bersama demi negara serta rakyat.

Katanya, penantian bekas Presiden UMNO selama tujuh tahun itu dilihat hampir terlerai selepas Muhyiddin secara terbuka mendoakan Najib semalam.

“Ia (doa) sebagai satu isyarat bahawa keadilan untuk Najib akan tercapai sekiranya bersama dengan PN. Kami juga yakin bahawa UMNO akan kembali kukuh dan Najib berada semula di arena politik tanah air sekiranya bersama dengan PN. Kita tunggu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang tetapi momentum harus kita mainkan.

“Kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), percayalah kita akan gembleng tenaga untuk bersama PN. Ayuh kita ke sana, jangan tunggu lagi,” katanya hari ini.

Jelasnya, Malaysia juga dilihat akan menjadi lebih hebat sekiranya dua figura itu bergabung demi kesejahteraan rakyat.

Semalam, Muhyiddin secara terbuka menitipkan doa kesembuhan kepada Najib selepas mengetahui beliau sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan positif Covid-19 kelmarin.

Tindakan Muhyiddin itu juga disifatkan seakan memberi gambaran bahawa hubungan beliau dengan Najib pada tahap baik selain berkemungkinan membentuk kerjasama baharu atau sebaliknya kelak.

Untuk rekod, Muhyiddin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Julai 2015 pada era kepimpinan Najib.

Muhyiddin mendakwa pemecatan beliau itu ekoran kelantangannya mempersoalkan mengenai 1Malaysia Deevelopment Malaysia (1MDB).

Bagaimanapun, Najib menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan pemecatan Muhyiddin ekoran beliau berkomplot bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sejak tahun 2014, sebelum 1MDB menjadi isu.

Muhyiddin kemudiannya dipecat dari UMNO pada Mei 2016 sebab melanggar disiplin parti setelah hadir acara bersama pembangkang pada Mac 2016. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI