fbpx

Malaysia diberi hak eksklusif anjur Piala Dunia Sepak Takraw

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL HALIM (tengah) bersama Sumali (dua dari kanan) hadir pada sidang akhbar di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Malaysia diberi penghargaan tertinggi apabila telah dipilih oleh Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) untuk menganjurkan Piala Dunia Sepak Takraw yang bermula 17 hingga 27 Mei depan.

Bagaimanapun, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang diberi hak untuk menganjurkan kejohanan edisi 2024 tersebut memerlukan sekurang-kurangnya AS$500,000 ribu (RM2.3 juta).

Setiausaha Agung Istaf, Datuk Abdul Halim Kader berkata, kejohanan tersebut akan melibatkan penyertaan 20 buah negara dan Malaysia diberi hak eksklusif.

“Istaf telah bersetuju untuk memberi pengiktirafan kepada PSM untuk menganjurkan Piala Dunia Sepak Takraw yang akan berlangsung pada Mei tahun depan di Titiwangsa.

“Kami telah bersetuju dengan cadangan PSM untuk mempertandingan dua kategori iaitu lelaki dan wanita dalam acara regu dan quadrant.

“Kita juga mengharapkan Datuk Sumali Reduan (Presiden PSM) untuk memikirkan untuk mempertandingkan acara campuran tetapi terpulang kepada PSM untuk menentukannya,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Dalam pada itu, Presiden PSM, Datuk Sumali berkata, pihaknya tiada masalah untuk mencari dana bagi menganjurkan kejohanan tersebut.

“Berhubung dana kami masih dalam proses perbincangan dan Insha-Allah tiada masalah untuk mendapatkan peruntukan mahupun soal penaja utama pada tahun depan,” ujarnya.

Kali terakhir kejohanan tersebut dianjurkan pada November tahun lalu di Korea Selatan dengan membabitkan 13 negara dan Malaysia berjaya membawa pulang satu perak dan satu gangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI