fbpx

Konflik Palestin-Israel: Penduduk kelaparan, hanya minum air masin – Nurul Ain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik oleh Nurul Ain di akaun Facebooknya memaparkan keadaan di Gaza yang semakin tenat dan tegang kerana sudah terputus bekalan elektrik dan air selama 28 hari.

PETALING JAYA – “Sudah masuk 28 hari tiada elektrik dan air. Air masin sahaja kami telan.”

Itulah luahan rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron yang menggambarkan keadaan semasa di Gaza, Palestin yang semakin tegang dan tenat akibat bedilan peluru tanpa henti oleh rejim Zionis Israel.

Nurul Ain dalam satu hantaran di Facebooknya malam tadi berkata, bukan sahaja elektrik dan air terputus malah bekalan ubat untuk pesakit yang memerlukan juga berkurangan.

“Keadaan makin hari makin tegang. 28 hari sekarang, masih tiada elektrik dan masih tiada air. Hanya air masin kami telan.

“Apa yang boleh saya gambarkan sekarang Gaza tenat. Kekurangan ubatan, empat orang pesakit kanser meninggal kerana terputus ubat-ubatan.

“Ada yang buat pembedahan potong kaki di koridor tanpa ‘anesthesia’ (bius). Rumah ranap tetapi di mulut masih mengucapkan alhamdulillah. Mereka tidur ditepi jalan masih sebut alhamdulillah,” tulisnya.

Menurutnya lagi, keadaan di Gaza semakin menyedihkan sehingga ada beberapa penduduk terpaksa memecah masuk pasar raya di Gaza kerana terlampau lapar.

Nurul Ain juga berkata tiada tempat yang selamat untuk diduduki oleh penduduk Gaza kerana hampir semua tempat dibom tanpa ihsan oleh rejim Zionis.

“Ada yang pecah masuk pasar raya, tapi mereka jawab ‘apa perlu kami buat, kami lapar. Duduk disekolah dibom duduk di hospital dibom duduk di rumah dibom. Jadi mana tempat selamat?

“Jawapannya tiada tempat selamat. InsyaAllah Allah melindungi kami semua. InsyaAllah ‘everything will be okay’ (semuanya akan baik-baik sahaja. InsyaAllah ‘it will end soon’ (semuanya akan berakhir nanti. Yq Rab Ya Rab Ya Rab,” luahnya.

Nurul Ain dan suaminya mula menjadi bualan ramai apabila dia sering memuat naik video dan berkongsi suasana di Gaza selepas mereka tidak sempat meninggalkan kawasan bergolak tersebut.

Nurul Ain antara rakyat Malaysia yang masih terancam dengan serangan tentera Israel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI