fbpx

Kereta, lima jam tangan lesap ketika tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Aris menunjukkan pintu belakang rumahnya yang dipecah masuk penjenayah di Fasa Tiga, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor hari ini.

KUALA SELANGOR – Seorang pekerja kilang terpaksa berputih mata selepas kereta dan lima jam tangannya lesap dilarikan penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Fasa Tiga, Bandar Puncak Alam di sini, hari ini.

Mangsa, Mohamad Aris Omar, 30, berkata perkara itu disedari ketika bangun daripada tidur, kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

Ujarnya, ketika kejadian dia sedang tidur di ruang tamu tingkat bawah rumah teres dua tingkat itu selepas pulang bekerja pada pukul 10 malam semalam.

“Namun, saya berasa curiga mendapati pintu dapur terbuka dan dompet yang berada di sebelah beralih kedudukan. Saya kemudian terus meluru ke pintu depan dan terkejut melihat kereta Honda City juga sudah tiada,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Tambah Mohamad Aris, dia turut kehilangan lima jam tangan dan wang tunai berjumlah RM500.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan sedang mengesan suspek terlibat.

“Siasatan awal mendapati suspek berkemungkinan masuk menerusi belakang rumah berdasarkan kesan umpil yang ditemukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI