fbpx

Kelantan United boleh ubati kecewa penyokong TRW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad Kelantan United berpeluang lakar sejarah ke pentas final Piala Cabaran musim ini. - Foto ihsan Kelantan United

WALAUPUN kecenderungan lebih berpihak kepada Kelantan FC, Kelantan United kini berpeluang ‘rampas’ penyokong The Red Warriors (TRW) sekiranya berjaya mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Piala Cabaran musim ini.

Selepas seri 1-1 pada separuh akhir pertama di Kuching, 22 Oktober lalu, aksi timbal balik dengan Kuching City di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, petang ini pasti akan memberikan peluang lebih besar kepada Kelantan United untuk memburu slot final.

Malah pengendali The Green Deers, Ailton Silva menjelaskan kekalahan 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu lalu beri gambaran jelas buat anak buahnya untuk perbaiki setiap kelemahan.

“Kami ada perlawanan penting di Piala Cabaran dan kami kini ada peluang untuk layak ke final. Kami pun sudah memikirkan tentang perlawanan ini, kena bersiap sedia dan pemain juga faham yang mereka perlu kekal bermotivasi.

“Masalah sekarang adalah sepak mula pada jam 4.45 petang, jadi kami kena terus bekerja keras untuk memenangi perlawanan ini,” katanya.

Daripada dua pertemuan sebelum ini, keputusan juga lebih berpihak kepada Kelantan United yang menang 2-1 pada aksi Liga Super, September lalu sebelum seri pada separuh akhir pertama Piala Cabaran.

Mengambil kira masa sepak mula pada sebelah petang, Silva berharap pemenang dapat ditentukan dalam tempoh 90 minit tanpa perlu dilanjutkan ke masa tambahan mahupun penalti.

“Sekarang kami kena jaga banyak perkara termasuk keadaan pemain. Namun aya harap pemenang dapat ditentukan dalam 90 minit kerana kebiasaannya di Kota Bharu cuacanya sangat penas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI