fbpx

‘Himpunan Pontian with Palestine’ berjaya kumpul sumbangan lebih RM14,000 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESERTA Himpunan Pontian With Palestine yang menghadiri program tersebut di Dataran MPPn di Pontian, semalam. Foto oleh MUHAMMAD ZIKRI/ KOSMO!

PONTIAN – Seramai 2,000 orang menghadiri Himpunan Pontian With Palestine di Dataran Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) di sini, petang semalam sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin yang sedang berjuang daripada serangan rejim Israel.

Sempena himpunan tersebut, sebanyak RM14,703.10 berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai yang hadir dalam program tersebut.

Program tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Amal Kebajikan Daerah Pontian (Pakat ) yang turut disertai oleh 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Pengerusi Pakat Pontian, Samsudin Jaafar berkata, sumbangan yang diterima tersebut akan diserahkan kepada Persatuan Cinta Gaza untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang sedang menghadapi penderitaan ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI