KE MANA tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Sepertinya pepatah tersebut sangat sesuai diberikan kepada Tomok dan anak sulungnya, Arrian Shah Akid.
Semuanya gara-gara Tomok berkongsi video Arrian, 10, menyanyikan single terbaharunya berjudul Kasih Yang Ku Cinta.
Rentetan perkongsian tersebut, ramai mula jatuh hati dengan suara Arrian yang dianggap sebagai penerus legasi seni bapanya kelak.
“Sedap suara Arrian, boleh diasah lagi bakatnya.
“Dahulu selalu tengok video dia makan ayam goreng, sekarang menonton Arrian menyanyi pula.
“Ini Tomok junior, boleh pergi jauh Arrian tapi pendidikan jangan dilupa,” komen netizen.