fbpx

Desak gencatan senjata segera, 19 ahli keluarga syahid di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK saudara perempuan Dr.Wesam berusia 12, 7 dan 4 tahun yang terkorban dalam serangan bom oleh tentera Zionis Israel di Gaza City pada 25 Oktober lalu.

SEREMBAN – Seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendesak gencatan senjata di Gaza, Palestin dihentikan segera selepas 19 ahli keluarganya terkorban dalam serangan bom Israel.

Begitulah luahan Pensyarah Program Komunikasi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM Nilai, Dr. Wesam Almahallawi yang masih trauma dengan kejadian yang berlaku selain mengenangkan nasib ibu bapa dan adik beradik lain yang masih berada di Gaza.

“Saya berharap gencatan senjata dapat dilakukan dengan segera di Gaza. Penduduk Gaza, termasuk keluarga saya di sana sedang berjuang untuk hidup.

“Penduduk Gaza hari ini mengadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan dan minuman. Saya ada bertanya kepada keluarga yang tinggal jika mereka memerlukan wang. Namun, mereka kata segalanya telah musnah di bandar dan tiada apa yang boleh dibeli,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Dr. Wesam, setakat ini 19 orang ahli keluarganya termasuk seorang adik lelaki beliau terbunuh dalam serangan bom oleh tentera Zionis di bandar Gaza City pada 25 Oktober lalu.

Jelas Wesam, ibu bapa dan tiga adiknya terselamat dalam serangan bom tersebut, namun sangat sukar untuk beliau menghubungi mereka.

“Setakat ini sudah empat hari saya tidak menerima apa-apa berita daripada adik perempuan saya yang berada di Utara Gaza,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI