fbpx

Buli pelajar asrama, kertas siasatan dirujuk ke bahagian undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran dimuat naik di laman Instagram yang memaparkan seorang lelaki dimasukkan ke hospital dipercayai dibuli pelajar senior sekolahnya.

KUALA KANGSAR – Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kejadian buli membabitkan seorang pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

“Siasatan telah selesai dan kertas siasatan juga dirujuk ke Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pada 20 Oktober lalu untuk penelitian.

“Laporan kejadian ini diterima pada 24 September lalu pukul 10.05 pagi yang mana tiga pelajar lelaki tingkatan empat dipercayai dipukul empat pelajar tingkatan lima.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar di sini untuk menerima rawatan dan hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa tidak cedera parah,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tular hantaran di Instagram yang memaparkan seorang pelajar sekolah dimasukkan ke hospital didakwa dibuli pelajar senior.

Turut tular sepucuk surat rayuan terhadap keputusan hukuman disiplin terhadap pelaku yang hanya diminta berkelakuan baik, dirotan dan membuat kerja amal di sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI