fbpx

Selamba tinggal basikal RM71,272 di luar kedai kopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH basikal berharga RM71,272 berwana kuning ditinggalkan di tepi sebuah kedai kopi di Singapura baru-baru ini. - Foto X/Nick Whitaker

SINGAPURA – Gambar seorang pelancong Amerika Syarikat (AS) menceritakan tentang sebuah basikal berharga AS$15,000 (RM71,272) yang ditinggalkan tanpa pengawasan di luar sebuah kedai kopi Singapura menjadi tular.

Ia merekodkan lebih 1 juta tontonan di laman X, lapor portal berita VNExpress kelmarin.

Nick Whitaker berkongsi foto basikal Pinarello Dogma F12 berwarna kuning yang disandarkan pada dinding di sebelah kedai kopi itu pada Isnin lalu berserta keterangan: “Kejutan budaya Singapura paling hebat. Basikal AS$15,000 dibiarkan tanpa pengawasan.”

Hantaran itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen dengan ramai memuji Singapura sebagai destinasi selamat dan kadar jenayah rendah.

Seorang pengguna media sosial, Saps menulis: “Saya pernah melihat orang di sini menempah tempat duduk medan selera menggunakan iPhone mereka, jadi basikal tanpa pengawasan adalah perkara biasa.”

Ia juga mendapat komen seorang netizen yang berkata: “Apabila saya mula-mula berpindah ke Singapura, saya terpegun melihat rakan yang saya temui di sebuah restoran di pusat bandar untuk makan tengah hari, mening­galkan telefonnya tanpa pengawasan di atas meja semasa kami memesan (makanan) di kaunter dalaman.”

“Jenayah hampir tidak wujud di Singapura,” kata seorang lagi netizen, Asish. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI