fbpx

Ahmad Zahid seru hentikan kecenderungan pertelingkahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) ketika menghadiri Majlis Santunan Kasih Deepavali 2023 di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini. - Foto AINSAFRE BIDIN

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan kebimbangan terhadap kecenderungan pertelingkahan dalam kalangan rakyat sejak akhir-akhir ini yang bakal menimbulkan permasalahan serta menjurus kepada pertelingkahan fizikal.

Tanpa menyebut mana-mana pihak atau isu tertentu, beliau menyeru semua pihak khususnya pemimpin politik dan kaum agar berusaha untuk tidak menimbulkan ketegangan atau provokasi dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Langkah pembendungan harus dilakukan, bukan dengan kaedah undang-undang dan penguatkuasaan (semata-mata), (tetapi) ia hendaklah dilakukan dengan kesedaran.

“Kesedaran ini harus dimulakan pemimpin-pemimpin iaitu jangan dan tidak harus memprovokasi mana-mana pihak sama ada seteru politik atau seteru perkauman dalam politik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Deepavali 2023 di Kompleks UMNO Bagan Datuk, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, walaupun ada Kementerian Perpaduan Negara, semua pihak jangan berharap hanya kementerian itu sahaja memainkan peranan untuk mewujudkan keharmonian dalam negara, sebaliknya semua rakyat terutama pemimpin politik dan pemimpin kaum, harus ada kesedaran itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI