fbpx

Wanita Malaysia mencuri di Singapura sejak 1972

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ng dijauthi hukuman penjara selama empat tahun pada Rabu lalu. - Mothership

SINGAPURA – Seorang wanita warga Malaysia yang disabitkan dengan beberapa kesalahan mencuri sejak 1972 di Singapura, dijatuhi hukuman penjara empat tahun kelmarin kerana sekali lagi mencuri, lapor laman berita Mothership semalam.

Ng Kim Swee, 75, pernah didenda pada 1971, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun pada 2004 dan pernah dihantar ke penjara beberapa kali.

Agensi berita CNA melaporkan bahawa wanita itu juga pernah disabitkan kesalahan mencuri dan pecah rumah di Malaysia pada 1977, 1985, 1987, 2015, 2016, 2017 dan 2019.

Menurut pendakwaan, Ng Kim Swee adalah seorang pencuri bersiri yang menyasarkan beg tangan mangsa di kedai yang sesak. 

Dia akan memantau situasi dan menjauhkan dirinya daripada sistem televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum meneruskan kegiatannya.

Ng kemudian akan berdiri di sebelah mangsanya dan berpura-pura mencari barang sebelum menggunakan sebelah tangan lagi untuk mengambil dompet daripada beg tangan mangsa.

Bagi kesalahan terbaharunya di mana dia mencuri barang dan wang tunai berjumlah lebih SGD$7,000 (RM 24,393), kebanyakan mangsanya ialah pelancong.

Sebanyak sembilan kenyataan telah diambil daripada Ng semasa siasatan terhadapnya dan dia akan berbohong dengan mendakwa bahawa dia tidak mencuri walaupun ditunjukkan rakaman CCTV. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI