fbpx

Transformasi Tabika Kemas mantapkan akidah para murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tiga kanan) bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (empat kanan) dan kanak-kanak Kemas berselawat pada majlis perasmian Kemas Peringkat Kebangsaan 2023 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM – Transformasi Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dalam model pendidikan agama Islam dapat memantapkan akidah para murid daripada peringkat awal.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini meliputi pendedahan dalam pengajian al-Quran dan ibadat solat agar soal akidah dapat ditanam di jiwa mereka.

Katanya, transformasi pendidikan Tabika Kemas itu dilakukan dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (Pintar), Yayasan Pahang dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

“Transformasi ini adalah sesuatu yang disesuaikan dengan permintaan dan situasi semasa oleh masyarakat dan ibu bapa.

“Mendirikan sembahyang (contohnya) itu adalah didikan utama dan prinsip ini harus dididik dari awal,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Potensi Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Peringkat Kebangsaan Kali ke-18 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam ini.

Hari Potensi Kemas yang berlangsung selama tiga hari menonjolkan tema ‘Mencorak Sahsiah Generasi Era Digital Merentas Seni’ bertujuan mencungkil bakat dan minat serta memupuk nilai murni selain membentu keyakinan diri dan mengharga warisan budaya dalam kanak-kanak selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan (KPM).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menjelaskan, pengurusan tabika Kemas juga perlu melakukan tindakan susulan dalam meningkatkan lagi potensi para murid dan tidak berakhir pada Hari Potensi ini sahaja.

“Mudah-mudahan, Hari Potensi peringkat kebangsaan ini akan terus dijalankan bukan hanya sekadar gilapan cemerlang sahaja tetapi tiada langkah-langkah susulan.

“Saya yakin, ini akan diikuti tindakan yang akan menggamit potensi yang besar untuk kanak-kanak Kemas seluruh negara,” katanya.

Pada majlis tersebut, Ahmad Zahid turut menandatangani dua sijil Malaysia Book Of Records (MBOR) yang dicipta Tabika Kemas.

Ini menerusi program arkitek cilik Kemas bersama Angola dalam rekod ‘Largest Children Participation in A Building Blok Event’ dengan melibatkan 3,000 kanak-kanak Tabika Kemas selain 2,000 murid yang terlibat dalam rekod ‘Largest Children Participation in A Selawat Recital. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI