fbpx

Tentera Israel guna gas fosforus serang sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video memaparkan rakyat Palestin melarikan diri daripada gas fosforus putih di sebuah sekolah di Gaza.

PETALING JAYA – Kekejaman tentera Israel semakin menjadi-jadi apabila menyerang sebuah sekolah milik Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menggunakan gas fosforus putih.

Menurut sumber perkongsian ytirawi di aplikasi X, rakyat Palestin bertindak melarikan diri akibat ketakutan sebaik peluru itu jatuh di lokasi yang menjadi pusat perlindungan ribuan warga Gaza tersebut.

Bagaimanapun, terdapat segelintir rakyat Palestin bertindak berani apabila cuba memadamkan gas fosforus itu dengan tangan hingga mengundang simpati ramai.

“Tengoklah macam mana mereka mempertaruhkan nyawa mereka sendiri untuk melindungi orang lain. Rakyat Palestin berhak mendapat keamanan dan keselamatan serta tanah mereka,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Semuanya sudah musnah sehingga banyak nyawa telah hilang. Berilah mereka kebebasan Israel!” kata seorang lagi pengguna laman sosial.

Seorang lagi pengguna laman sosial mengatakan rakyat Palestin begitu berani memadamkan gas fosforus itu dengan ‘tangan’ mereka sendiri.

“Itu fosforus putih yang mereka lawan dengan tangan kosong. Saya tidak tahu jika korang (semua orang) sedar, rakyat Palestin begitu tabah dan berani,” kata lagi seorang pengguna laman sosial.

Penggunaan senjata haram itu boleh menyebabkan kecederaan serta merta pada paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang selain dapat melecurkan kulit badan manusia.

Video klip itu turut dirakam daripada pelbagai sudut oleh pengguna laman sosial menunjukkan bagaimana keadaan itu sebenarnya terjadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI