fbpx

Saksi bicara kes dadah warga Mesir dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amin Kamal .

PETALING JAYA – Polis sedang mencari seorang lelaki, saksi perbicaraan membabitkan kes dadah yang akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Jenayah 2, Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, 9 November ini.

Menerusi kenyataan oleh Polis Kontinjen Kuala Lumpur, lelaki warganegara Mesir berkenaan dikenali sebagai Amin Kamal Mostafa Farid dan menggunakan alamat terakhir di Sepang, Selangor.

“Mohon bantu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, kesan lelaki ini. Individu ini diperlukan sebagai saksi kes perbicaraan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Dikesan menggunakan nombor pasport A22368814 dan alamat terakhir di No.5, BSP 21, Blok 1, 42610, Sepang, Selangor,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Khairul Izwan Zainal Abidin di talian 017-6243870 atau mana-mana balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI