fbpx

PRK DUN Jepak: 624 pegawai, anggota PDRM bertugas hari mengundi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azman pada sidang media mengenai persiapan PDRM bagi PRK DUN Jepak di IPK Sarawak, Kuching hari ini.

KUCHING – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menugaskan seramai 624 pegawai dan anggota sewaktu proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak yang akan berlangsung esok.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, semasa penjumlahan undi, seramai 595 pegawai dan anggota akan ditugaskan.

“Keluar mengundi beramai-ramai tanpa berasa gusar akan keadaan keselamatan. Pihak PDRM akan memastikan proses PRK ini aman dan tenteram,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 260 pegawai dan anggota akan ditugaskan bagi fasa terakhir iaitu penugasan pasca pilihan raya sehingga 6 November ini bagi memastikan keadaan aman dan terkawal.

Sementara itu, Mohd. Azman memberitahu, setakat ini pihaknya meluluskan sebanyak 128 permit ceramah dan kempen sepanjang tempoh 14 hari kempen bermula 21 Oktober lalu. Sebanyak lima laporan pula diterima berkaitan PRK tersebut.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip. Seramai tiga calon bertanding iaitu Iskandar Turkee daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Chieng Lea Phing (Parti Aspirasi Anak Sarawak) dan Stevenson Joseph Sumbang (Parti Bumi Kenyalang).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 Pusat Mengundi dan 45 saluran akan dibuka untuk tujuan pengundian melibatkan seramai 22, 731 pengundi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI