NEW YORK – Pelanggan yang memesan makanan menggunakan perkhidmatan penghantaran internet, DoorDash mungkin berfikir dua kali sebelum menolak untuk memberi tip kepada penghantar makanan, lapor portal berita Fox News kelmarin.
Aplikasi penghantaran makanan itu mengumumkan bahawa pihaknya sedang menguji ciri amaran baharu untuk pelanggan. Amaran itu akan memberikan pilihan kepada pengguna sama ada untuk meneruskan pesanan tanpa tip.
Ini kerana penghantar makanan DoorDash diberikan kebebasan untuk memilih pesanan yang ingin mereka ambil dan juga boleh melihat sama ada tip disertakan atau sebaliknya.
Ia juga menyatakan bahawa DoorDash membayar antara AS$2 (RM9.50) hingga AS$10 (RM47.52) untuk setiap pesanan. Penghantar makanan akan juga akan menyimpan sepenuhnya tip yang diberikan pelanggan.
Seorang jurucakap DoorDash menyatakan bahawa ia adalah percubaan perintis untuk membantu mencipta pengalaman terbaik sambil menambah, syarikat itu sedang meneliti hasil dan maklum balas daripada semua pihak. – AGENSI