fbpx

‘Orang minyak’ buat onar, takutkan penduduk semasa Halloween

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Figura berpakaian hitam itu menakutkan penduduk Gloucester beberapa hari lalu. - BPM Media

LONDON – Satu figura berpakaian serba hitam menakut-nakutkan penduduk di bandar Gloucester, England, kurang seminggu selepas seorang lelaki ditahan kerana melakukan perbuatan serupa.

Akhbar Metro UK melaporkan bahawa Joshua Hunt, 32, disabitkan dengan dua kesalahan mengganggu ketenteraman awam pada 27 Oktober lalu selepas menakutkan penduduk di kawasan Bleadon.

Selang beberapa hari kemudian, seorang lagi lelaki berpakaian hitam menghantui penduduk di Twigworth, sebuah kampung dekat bandar Gloucester.

Penduduk kawasan itu keluar untuk menyambut perayaan Halloween malam Selasa lalu apabila mereka menemui sosok kurus kering dan menakutkan itu.

Seorang penduduk bernama James Patterson berkata: “Saya baru sahaja keluar menyambut Halloween bersama anak-anak apabila saya melihat sosok hitam dan kurus di jalan raya di kawasan perumahan Bloor.”

Sosok hitam misteri itu dilihat menuju ke arah kawasan perumahan sebelum hilang ditelan kegelapan. Identitinya bagaimanapun masih belum diketahui. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI