fbpx

MYAirline: 67 laporan pelaburan i-Serve, babit kerugian RM81.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli ketika sidang akhbar di Menara KPJ, di sini , hari ini. Foto oleh FARIZWAN HASBULLAH/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya menerima sebanyak 67 laporan berhubung pelaburan i-Serve.

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Yoosuf berkata, kes terbabit sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Susulan laporan yang diterima setakat ini, ia melibatkan jumlah kerugian keseluruhan RM81,609,900.

“Justeru, PDRM menggesa mana-mana mangsa pelaburan ini untuk segera tampil membuat laporan di balai berdekatan,” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan tiga suspek yang direman bagi membantu siasatan berkait kes pengubahan wang haram syarikat pelaburan i-Serve, dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan pada 26 Oktober lalu.

Menurut beliau, dua suspek dibebaskan pada (Ahad) manakala seorang lagi dibebaskan (Isnin) lalu selepas tempoh reman mereka tamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI