fbpx

‘Makmal’ proses air ketum diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daun dan air ketum yang dirampas oleh pihak polis dalam dua serbuan di Sepang semalam.

SEPANG – Sebanyak 96.96 kilogram (kg) daun ketum dan 270,000 mililiter (ml) air ketum siap diproses dirampas dalam serbuan di dua buah rumah di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan pukul 5 pagi di Bandar Salak Tinggi itu, seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam serbuan pertama di sebuah rumah, pihaknya berjaya merampas 180 botol plastik lutsinar berisi air ketum dengan anggaran berat 270,000 ml.

Beliau berkata, lanjutan daripada serbuan pertama, pihaknya kemudian menyerbu rumah bersebelahan dan merampas lagi 284 bungkus plastik lutsinar yang didalamnya berisi 68.49 kg daun ketum.

“Turut dirampas dua bungkus guni warna putih yang didalamnya berisi leraian daun ketum yang siap dihiris seberat 28.47 kg selain dua tong, satu unit dapur gas dan satu unit periuk aluminium.

“Siasatan awal mendapati, daun ketum yang dirampas itu dipercayai diproses untuk menjadi air ketum sebelum dijual untuk pasaran sekitar Lembah Klang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, nilai rampasan keseluruhan barang kes dianggarkan bernilai RM3,670.

Menurutnya, suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 6 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI