PETALING JAYA – Satu jenazah rakyat Palestin yang sudah dua minggu terperangkap di dalam runtuhan akibat serangan rejim Zionis Israel, ditemui dengan keadaan masih memegang tasbih serta jari telunjuknya diangkat ke atas.
Video tersebut tular dikongsikan di Instagram oleh seorang jurugambar bebas rakyat Palestin dikenali sebagai Mahmud Sami Alhissi.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang menyifatkan mangsa seorang yang sentiasa mengingati Allah ketika hayatnya dengan berzikir selain sempat mengucap syahadah sewaktu tiba ajalnya.
“Tragik dalam kehidupannya di dunia, tetapi diberi pengakhiran yang baik oleh Allah SWT di sana, insya-Allah,” komen Zuhara.
“Jenazahnya mereput, tapi menunjukkan tanda kekuatan agamanya. Subhanallah, kita tak boleh sembunyikan tanda-tanda itu. Semoga kita diberikan pengakhiran yang baik. Ini bukan kematian tragik, tapi satu penghormatan,” kata Malik Malika.
“Mati syahid dengan kemuliaan dan penghormatan,” ujar Hana. – KOSMO! ONLINE