fbpx

Konflik Palestin-Israel: Askar Zionis telanjangkan, pijak kepala rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tahanan Palestin yang diikat dipukul beberapa kali sebelum diseret di atas tanah. - X

TEL AVIV, Israel – Beberapa klip video tular di media sosial memaparkan tentera Israel menyeksa tahanan Palestin sambil tangan mereka diikat dan mata pula ditutup, lapor saluran berita NBC News hari ini.

Klip video yang dimuat naik di laman X itu menunjukkan beberapa tahanan lelaki Palestin diarah berbaring di atas tanah dalam keadaan bogel. 

Seorang lelaki ditendang di perutnya semasa diarahkan untuk melutut. Askar Zionis kemudian meludahnya. 

Dalam klip video berasingan, seorang lagi askar Rejim Zionis dilihat beberapa kali memijak kepala seorang lelaki Palestin yang diikat dan terbaring di atas tanah. 

Mangsa kedengaran menangis sambil memanggil ibunya dalam bahasa Arab. Dia kemudian diseret di atas tanah dan menjerit ketakutan.

Seorang lagi mangsa yang bercakap menggunakan loghat Palestin menjerit: “Tuhan, saya tidak dapat menahan ini.”

Percakapan tentera Israel dalam video itu gagal didengar dengan jelas kecuali dua frasa dalam bahasa Ibrani iaitu ‘sesiapa yang tidak sepatutnya berada di sini sila pergi’ dan ‘angkat dia, pindah ke sana’.

NBC News tidak dapat mengesahkan di mana atau bila klip video itu dirakam. 

Bagaimanapun, akhbar Times of Israel pada Rabu lalu memuat naik satu set gambar dan video yang mengesahkan penganiayaan yang dilakukan terhadap tahanan Palestin di wilayah Tebing Barat.

Agensi berita Ynet pula melaporkan bahawa kejadian itu membabitkan tahanan Palestin yang ditembak berhampiran Semenanjung Gaza. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI