fbpx

Janna Nick mesej Ustazah Asma’, mohon maaf dialog maki mentua di Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustazah Asma’ terima mesej daripada Janna di Instagram isu teguran babak drama Surat Dari Tuhan.

PETALING JAYA – Pelakon popular, Janna Nick secara terbuka memohon maaf kepada pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menerusi ruangan mesej di Instagram baru-baru ini.

Janna berbuat demikian selepas dialognya menerusi siri drama Surat Dari Tuhan menjadi perdebatan netizen sehingga ditegur oleh Ustazah Asma’ kerana dianggap melampaui batas agama.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ sempat memuji sikap Janna yang disifatkan sebagai seorang pelakon matang kerana terbuka menerima teguran meskipun tertekan dengan kontroversi melanda dirinya.

“Saya salute dengan dia (Janna) dan berharap ramai lagi artis yang boleh ikut cara dia menguruskan konflik.

“Saya terima ‘Direct Message’ (mesej) di Instagram daripada Janna, dia kirim mesej dengan baik dan berhemah. Daripada situ saya rasa bagus dan hebatnya Janna,” katanya menerusi video yang dimuat naik di YouTube miliknya hari ini.

Tambah Ustazah Asma’, Janna dalam kiriman mesejnya itu memberitahu, dia menerima banyak kecaman berhubung kejadian tersebut dan mengaku masih cuba memperbaiki diri untuk
menjadi individu lebih baik.

“Janna ada beritahu dia memang selalu follow (ikuti) saya dan berasa sedih dengan situasi yang berlaku kerana dia menerima kecaman daripada banyak pihak.

“Janna pun ada mendoakan saya semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah. Dia mengaku dia seorang jahil dan pendosa, seorang hamba Allah yang lemah dan masih cuba memperbaiki diri,” katanya.

Bagaimanapun Asma’ menjelaskan kepada Janna bahawa tegurannya sebelum ini lebih kepada pihak produksi drama terbabit dan mengakui sebagai pelakon mereka seperti tiada pilihan dan hanya mengikut arahan diberi.

“Sebenarnya jika dilihat pada teguran, saya banyak menekankan kepada pengarah, penerbit dan penulis skrip. Kadang-kadang berlaku situasi di mana pelakon tidak mempunyai pilihan untuk tidak mengikuti arahan.

“Saya berharap pihak bertanggungjawab selepas in lebih berhati-hati dan tidak boleh sesuka hati meminta pelakon untuk melakukan babak tidak baik dan akhirnya pelakon perlu menanggung kesan,” tegurnya.

Jelas Ustazah Asma’, netizen lebih mensasarkan kecaman mereka terhadap barisan perlakon seperti Janna kerana lebih dikenali berbanding tenaga produksi.

“Netizen tidak memberi kecaman terhadap tenaga produksi sebab mereka tidak kenal tetapi Janna yang terpaksa tanggung.

“Selepas ini, jika ada skip yang Janna rasa tidak sesuai, Janna perlu pertahankan pendirian Janna dan jadikan pengalaman pahit ini sebagai satu hujah buat mereka,” pesannya.

Terdahulu, Ustazah Asma’ menerusi sesi siaran langsung di TikToknya, tampil mengkritik babak drama Melayu tersebut kerana merasakan dialog digunakan seperti tidak menghormati Tanah Suci.

Dialog yang dilontarkan Janna ketika membawa watak Misha berbunyi, “Hei perempuan, kau dengar apa aku cakap, depan makam Rasullullah ini aku cakap depan muka kau, kalau Rayan benci aku, aku akan pastikan dekat tanah haram ini kau mampus.”

Sedutan babak tersebut turut tular di media sosial dan rata-ratanya mengecam dialog berkenaan ditambah pula lokasinya dilihat berlatarkan Masjid Nabawi di Madinah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI