fbpx

Hujan lebat berterusan hampir seluruh negara malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hujan berterusan dijangka berlaku di enam negeri hari ini. - FOTO FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir akan berterusan sehingga tengah malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di laman sesawangnya berkata cuaca buruk itu akan melanda hampir seluruh negara termasuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Di Semenanjung, kawasan yang terlibat dengan ribut petir adalah Teregganu dan kawasan pendalaman di Kelantan dan Pahang.

“Manakala di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kawasan pedalaman Perlis, Perak dan Negeri Sembilan pula diramal hujan lebat,” katanya.

Tambah MetMalaysia, di Sabah pula, hujan diramal berlaku di satu dua kawasan di Pedalaman, Pantai Barat dan WP Labuan.

Selain itu, di Sarawak, kawasan Sri Aman, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang turut diramal dengan cuaca buruk itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI