fbpx

Hujan di beberapa kawasan pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan hujan di beberapa tempat termasuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, di Semenanjung, hujan diramal berlaku di dua buah negeri iaitu kawasan pantai Selangor dan Negeri Sembilan manakala negeri lain di Semenanjung pula diramal cuaca cerah.

“Manakala di Sabah, kawasan Wilayah Persekutuan Labuan, Pedalaman, Sandakan dan Kudat diramal ribut petir di satu dua tempat.

“Bagi Pantai Barat dan Tawau pula sebaliknya, ia diramal cuaca cerah,” katanya dalam hantaran yang sama.

Tambahnya, kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak juga diramal cuaca cerah pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI