fbpx

Guna ‘Price Catcher’ sebelum beli ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai disaran menggunakan aplikasi Price Catcher sebelum membeli ayam.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, ia bertujuan mendapatkan harga yang terbaik.

“Harga ayam naik? Guna Price Catcher untuk cari harga ayam terbaik berdekatan anda!,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Aplikasi Price Catcher membolehkan pengguna membuat perbandingan harga barangan di 1,500 premis di seluruh negara.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan subsidi dan kawalan harga bagi ayam ditamatkan bermula 1 November lalu.

Ia bagi mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

Bagaimanapun subsidi serta kawalan harga bagi telur ayam gred A,B dan C diteruskan.

Pengumuman itu menimbulkan kebimbangan ramai akan menyebabkan harga ayam naik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI