fbpx

Geli, tak perlu conteng wajah tunjuk darah tanda sokongan – rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yousof (kiri) menegur segelintinr individu yang gemar menconteng wajah mereka sebagai tanda sokongan terhadap Palestin.

PETALING JAYA – Rakyat Palestin meminta seluruh masyarakat dunia terutama penduduk di negara ini untuk terus berkongsi serta menyebarkan segala maklumat berhubung kekejaman rejim Israel terhadap bumi Gaza.

Seorang rakyat Palestin, Yousof, menerusi siaran langsung bersama pempengaruh media sosial, Hazeman Huzir baru-baru ini berkata, perkongsian pengguna media sosial ketika ini amatlah penting untuk membuka mata dunia bahawa betapa kejam tindakan Israel membunuh dan memusnahkan seluruh kehidupan di Palestin.

“Sekarang ini saya nak orang Malaysia fokus dekat sosial media sebab benda ini (perkongsian di sosial media), sebab ada orang cakap kalau saya muat naik (kekejaman Israel) apa saya dapat, tak ada orang kisah pun.

“Tidak, kalau semua post (muat naik), saya post, awak post, kita boleh tunjuk pada dunia apa mereka (Israel) buat pada kami (Palestin).

“Macam mana budak kecil di sana (Gaza) mati, macam mana situasi rakyat di sana, keadaan bangunan di sana. Kita boleh tunjuk bukti dan situasi sebenar kepada semua orang. Ini bukan suatu yang kecil, tapi sangat penting,” pintanya.

Sementara itu, Yousof turut menegaskan agar hentikan segera elemen menconteng wajah atau mekap ilustrasi sebagai tanda menyokong Palestin kerana tindakan itu tidak sesuai dibuat oleh orang Islam.

“Satu lagi, janganlah mekap halloween, conteng sana sini di muka, di leher. Saya tengok saya geli. Letak macam darah di leher, kita orang Islam. Tak payah ikut cara luar,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI