fbpx

Ford Ranger Platinum baharu, harga bermula RM183,888

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Model Ford Ranger Platinum baharu.

PETALING JAYA – Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) telah memperkenalkan dua model Ford baharu ke pasaran hari ini.

Antaranya ialah varian terbaharu dalam barisan trak pikap Ford Ranger, iaitu Ranger Platinum yang memiliki spesifikasi tertinggi. Malaysia adalah pasaran pertama di ASEAN yang melancarkan Ranger Platinum Baharu.

Model berkenaan menggabungkan keupayaan dan sifat serba guna Ranger dengan gaya unik serta ciri-ciri premium untuk pelanggan yang mementingkan keselesaan dan spesifikasi hebat untuk memenuhi keperluan cara hidup keluarga aktif.

Harga bagi Ranger Platinum bermula daripada RM183,888 (atas jalan, tanpa insurans) di Semenanjung.

Ruang dalaman Ranger Platinum baharu.

Pengarah Urusan, Ford Asia Pacific Distributor Markets, DJ Simpson berkata, pihaknya benar-benar mengambil berat pandangan pelanggan sepanjang proses pembangunan Ranger Generasi Baharu, dan dengan berbuat demikian, Syarikat telah mereka cipta semula segmen trak pikap.

“Kami telah melihat pertumbuhan bagi model mewah dalam segmen ini sejak beberapa tahun yang lalu, oleh itu kami mencabar diri untuk mencipta kenderaan yang memenuhi segala keperluan dan kehendak pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ranger Platinum Baharu dipacu enjin diesel 2.0L Bi Turbo Ford, yang menghasilkan kuasa 210 PS dan tork 500 Nm. Kuasa disalurkan menerusi sistem pacuan empat roda dengan sebahagian kawalan elektrik, digabungkan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan dan ciri e-Shifter.

Model ini dilengkapi Flexible Rack System dan Rel Bumbung Swing-in-Place.

Luaran Ranger Platinum diberi sentuhan premium, seperti rim aloi bersaiz 20 inci (pertama kali dalam Ranger), lampu LED Matrix (pertama dalam kelasnya), gril buatan khas, dan Flexible Rack System yang unik di pasaran, Rel Bumbung Swing-in-Place dan Power Roller Shutter.

Sementara bahagian dalaman diperkemas dengan jahitan jahitan kulit, kerusi depan berhaba dan berudara, kluster instrumen digital 12.4-inci, skrin infotainmen 12-inci, pembesar suara Bang & Olufsen dan Bantuan Parkir Aktif 2.0.

Ia turut disediakan dengan waranti pengeluar selama lima tahun atau 160,000 kilometer perjalanan, yang mana tiba dahulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI