fbpx

Chen Hong, Uma Devi dicari bantu bicara kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chen Hong (kiri) dan Uma Devi (kanan).

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan dua individu bagi membantu perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Polis Kuala Lumpur menerusi kenyataannya berkata, individu terlibat adalah Wong Chen Hong dan Uma Devi Sankaran masing-masing yang berusia 38 dan 47 tahun.

“Mohon bantu Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur kesan individu-individu ini, bersabit kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurul Syuhada Soberi di talian 010-3923376 atau mana-mana balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI