fbpx

Bilik persalinan United makin ‘panas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG didakwa mempunyai 'anak emas' dalam skuad United menjadikan bilik persalinan pasukanThe Red Devils semakin panas ketika ini.

LONDON – Dua kekalahan berturut-turut termasuk tersingkirnya daripada Piala Liga Inggeris menjadikan suasana bilik persalinan Manchester United dalam situasi kacau bilau sebelum berkunjung ke Fulham, malam ini.

Situasi dalam kalangan pemain juga dilaporkan makin tegang apabila ada laporan menyebut terdapat pemain mula timbul perasaan benci sesama sendiri kerana mendakwa pengurus pasukan, Erik ten Hag mempunyai ‘anak emas’.

Selain itu, laporan Mail Sport awal sebelum ini menyebut pendekatan keras Ten Hag termasuk melucutkan tanggungjawab Harry Maguire sebagai kapten dan tindakan kepada Jadon Sancho turut mencetuskan impak positif kepada moral pasukan

Beberapa faktor itu jelas menjadikan Red Devil berada dalam situasi sukar khususnya untuk mengembalikan rentak kemenangan pada pertemuan dengan Fulham yang kini hanya dipisahkan tiga mata di tempat ke 14 liga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI