fbpx

Anak, bapa jadi ‘transporter’ sindiket dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas dalam dua operasi di sekitar Pulau Pinang pada sidang akhbar di IPD Timur Laut, hari ini.

GEORGE TOWN – Dua beranak antara tiga suspek lelaki yang diberkas selepas disyaki bertindak sebagai transporter sindiket dadah menerusi serbuan di dua lokasi berasingan di Air Itam dan Sungai Ara di sini, semalam.

Dalam operasi bermula pukul 1.15 pagi hingga 3 pagi itu, polis turut merampas dadah jenis heroin, syabu dan ganja yang keseluruhannya bernilai RM559,156.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, pihak polis menjalankan ops tapis semalam dan berjaya membongkar kegiatan tiga suspek terbabit yang masing-masing berusia 19 hingga 52 tahun.

“Dalam operasi ini, polis menjalankan dua serbuan dan dalam serbuan pertama di tepi jalan di kawasan Air Itam, polis menahan dua suspek iaitu seorang lelaki berusia 52 dan rakannya berusia 44 tahun.

“Kedua-duanya berada di dalam sebuah kereta jenis BMW dan di dalam kereta ini polis menjumpai sejumlah dadah jenis syabu yang disimpan di situ,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, hari ini.

Menurutnya, susulan penahanan dua suspek itu, polis menyerbu sebuah apartment di Sungai Ara dan menahan seorang suspek lelaki berusia 19 tahun dan dia merupakan anak kepada suspek pertama berusia 52 tahun.

“Suspek berusia 19 tahun ini masih lagi belajar di sebuah institut pengajian tinggi swasta di pusat bandar dan ketika serbuan dijalankan dia berada di rumah berkenaan seorang diri.

“Di dalam rumah yang disewa ini, polis menjumpai pelbagai jenis dadah dan polis percaya rumah ini dijadikan stor penyimpanan dadah oleh sindiket.

“Polis merampas pelbagai jenis dadah antaranya 40 bungkusan heroin seberat 17.83 kilogram (kg) bernilai RM147,989; 40 bungkusan ganja seberat 37.6 kg bernilai RM116,833; lapan bungkusan dadah syabu seberat 8.2 kg bernilai RM20,764 dan satu paket plastik dadah syabu seberat 103.8 kg bernilai RM20,764,” katanya secara keseluruhannya jumlah dadah yang dirampas itu bernilai kira-kira RM559,156.

Tambahnya, hasil siasatan mendapati sindiket itu telah bergiat aktif sejak awal September lalu untuk pasaran tempatan.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 206,510 orang atau 206,510 penggunaan,” katanya.

Saravanan berkata, menerusi hasil siasatan polis mendapati suspek-suspek akan menerima tempahan dadah daripada pelanggan dan kemudian menghantar bekalan dadah itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI