fbpx

Amir Sisi sudah jadi ‘ikon’ KPM – Pkharuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Sisi.

PUTRAJAYA – Biarpun tidak dinobatkan secara rasmi sebagai ikon murid namun, penyanyi cilik Orang Asli, Amir Sisi, 12, sudah pun diiktiraf dan kejayaannya telah diakui oleh Kementerian Pendidikan.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) secara dasarnya sudah mengiktiraf pencapaian luar biasa diraih anak Orang Asli dari suku kaum Kaum Temiar, Pos Kemar, Gerik, Perak itu.

Beliau berkata, kejayaan memenangi program realiti televisyen The Chosen One itu membuktikan bahawa bakat sebenar seorang murid boleh dicungkil dengan bimbingan yang betul.

“Dia (Amir Sisi) sudah jadi ikon KPM walaupun tidak dinobatkan lagi. Dia secara automatik sudah digambarkan oleh rakyat Malaysia sebagai ikon.

“Kita tidak mahu menobatkan seorang murid itu sebagai ikon secara mutlak sebaliknya kita mahu setiap kebaikan yang ditonjolkan boleh menjadi contoh kepada ramai murid.

“Biar contoh banyak yang lahir dalam sistem pendidikan supaya ia jadi pembakar semangat kepada kumpulan pelajar yang lebih ramai,” katanya ketika ditemui selepas program Bicara Inspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia di sini, hari ini.

Katanya, bayangkan jika setiap 10,000 sekolah di negara ini berjaya melahirkan satu ikon setiap sekolah maka, ia boleh menjadi pembakar semangat kepada lebih 5 juta murid di seluruh negara.

Pkharuddin berkata, beliau yakin Amir akan menjadi ikon dan idola suatu hari nanti serta sebaris artis terkenal tanah air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI