fbpx

1,000 anggota NGO desak perang Israel-Palestin segera dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian dari 2000 mahasiswa menyertai perarakan Pertahankan Palestin - UTM Bersama Palestin di UTM Skudai, Johor Bahru disini.

KANGAR – Kira-kira 1,000 anggota pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) hadir menyatakan solidariti kepada Palestin dan mendesak agar perang Israel-Palestin segera dihentikan di sini hari ini

Menurut Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Muafakat Perlis (Muafakat Perlis), Abdul Agfarnizar Abdul Wahab berkata, sebanyak 46 NGO lain turut serta dan bergabung dalam perhimpunan kali ini.

“Kami mendesak agar perang Israel-Palestin dihentikan segera. Hentikan pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang kurang upaya di Palestin.

“Hari ini, kami (NGO) berkumpul, berhimpun dan bergabung sebagai simbolik satu suara untuk Israel menghentikan kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin,” katanya ketika sidang media selepas Himpunan Aman Solidariti Rakyat Palestin di pekarangan Masjid Alwi di sini.

Perhimpunan sama turut dihadiri beberapa maahad tahfiz, pertubuhan seni mempertahankan diri, pertubuhan kebajikan dan pelbagai NGO lain sekitar negeri Perlis.

Abdul Agfarnizar, rakyat negara ini perlu ada kesedaran dalam masyarakat untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di dalam konflik berdarah Israel-Palestin.

“Mesej yang ingin kami sampaikan adalah isu Palestin bukan lagi isu kemanusiaan kerana sudah 70 tahun rakyat negara itu ditindas Israel dan kini lebih keadaan lebih kritikal.

“Kita kena faham isu yang berlaku dan perhimpunan sebegini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang apa yang berlaku di sana,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI