fbpx

‘Transporter’ tak sempat edar rokok kretek diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohizan ketika sidang akhbar tangkapan dan rampasan rokok seludup bernilai RM 649,840 di Pangkalan Polis Marin Wilayah 1, hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

GEORGE TOWN – Polis merampas 528,000 rokok seludup bernilai lebih RM600,000 termasuk cukai dalam operasi di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Bakap di sini, semalam.

Dalam ‘Op Kontraban’ itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 54 tahun kerana disyaki berperanan sebagai transporter bagi sindiket penyeludupan rokok jenis kretek.

Difahamkan, suspek membawa bekalan rokok seludup itu dari sebuah daerah di Terengganu untuk diedarkan secara terus kepada peniaga kedai runcit di negeri-negeri di kawasan Utara.

Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Superintendan Rohizan Mohamad Saaid berkata, menerusi maklumat unit risikan marin, suspek yang memandu sebuah van jenis Toyota Hiace ditahan kira-kira pukul 6 pagi di kawasan R&R Sungai Bakap kerana berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil semakan mendapati nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan adalah palsu dan kesemua rokok seludup ditutup dengan kain hitam bagi mengelak daripada dikesan pihak polis.

“Hasil pemeriksaan polis menjumpai 55 guni berisi 4,400 karton bersamaan 528,000 batang rokok kretek jenama Surya Gudang Garam dengan anggaran bernilai RM609,840 termasuk cukai.

“Polis turut merampas sebuah van jenis Toyota Hiace dengan anggaran nilai RM40,000,” katanya dalam sidang akhbar di Pasukan Polis Marin Wilayah 1 di sini, hari ini.

Menurutnya, bekalan rokok itu dipercayai diseludup dari Indonesia menggunakan jalan laut di Terengganu dan kemudian diambil oleh suspek serta diedarkan ke kawasan Utara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI