fbpx

Syaitan sedang ketawa, jom berdoa – Azhar Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAR SULAIMAN

PETALING JAYA – Enggan terus terpedaya dengan permainan syaitan yang suka melaga-lagakan, pelakon Azhar Sulaiman mengajak orang ramai memanjatkan doa untuk Palestin.

Aktor senior itu turut meminta semua pihak agar menghentikan segala perbalahan sesama sendiri.

“Cukup, hentikan pergaduhan antara kita. Sekarang syaitan sedang ketawa.

“Jom kita berdoa untuk rakyat Palestin yang sedang menderita,” kongsinya dalam Instagram.

Perkongsian terbaharu dalam laman sosialnya sekali gus menunjukkan bintang filem Abang 92 itu sudah kembali tenang selepas terbabit dalam kemelut percanggahan pendapat dengan netizen serta rakan seperjuangan, Sharnaaz Ahmad.

Sesi berbalas hujah mengenai isu Palestin-Israel terutama komennya yang mempersoalkan strategi panglima perang Hamas memulakan serangan ke atas Israel menjadi polemik sejak beberapa hari lalu.

Antara yang lantang menegur tindakannya memuat naik video pandangannya itu adalah Sharnaaz, 38, sehingga perdebatan antara mereka berlarutan

Malah, situasi hubungannya dengan pelakon KL Gangster itu tampak kian meruncing apabila Azhar menganggap komen balas Sharnaaz merendahkan tahap intelektualnya.

Begitupun, hantaran terkini aktor berusia 52 tahun ini yang bercakap mengenai perdamaian melegakan pengikutnya.

Rata-rata bersyukur, selain berharap selebriti yang mereka hormati itu terus bersikap tenang tanpa perlu melontarkan isu panas.

“Ini baru betul Azhar Sulaiman yang kita kenal. Kalau dari awal abang ‘post’ yang inikan bagus. Takdelah kena kutuk. Doa untuk Palestin saja,” kata seorang netizen.

Konflik Palestin-Israel yang tercetus sejak 7 Oktober lalu semakin membimbangkan terutama nasib lebih 2.2 juta penduduk Gaza apabila Israel meneruskan fasa kedua perang dengan misi menghapuskan Hamas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI