SUDAH hampir sembilan tahun, wanita itu ditugaskan sebagai pengawal di Muzium Diraja Kedah yang terletak di bandar raya Alor Setar, Kedah. Muzium yang pernah menjadi pusat pemerintahan Kedah selama 288 tahun itu tidak lekang daripada kunjungan pengunjung dari dalam dan luar negara. Menurut Aminah Hussain, 63, kebanyakan pengunjung dari Thailand datang untuk melihat songkok berhias bulu burung cenderawasih milik Sultan Kedah ke-26, Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Songkok berkenaan bersama persalinan serta pedang merupakan salah satu anugerah daripada Raja Thailand,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya