fbpx

‘Saya akan kembalikan maruah United’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG percaya beliau mampu mengembalikan United kepada prestasi sebenar meskipun mengakui situasi ketika ini begitu sukar.

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag tanpa berselindung mengakui pasukan itu berada dalam situasi sukar selepas tersingkir daripada saingan Piala Liga Inggeris (EFL) musim ini.

Pada aksi pusingan keempat yang berlangsung di Old Trafford awal pagi semalam, skuad The Red Devils mendapat pengajaran berguna apabila tewas 0-3 kepada satu lagi pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United.

Ten Hag berkata, walaupun mereka berada dalam situasi sukar, namun ia tidak menjadi penghalang untuk beliau mengembalikan maruah United kerana menganggap dirinya sebagai seorang pejuang.

“Saya seorang pejuang, jadi saya faham apabila keputusan tidak memihak kepada kami, ia dianggap sebagai proses. Bagaimanapun, saya yakin saya boleh membantu pasukan untuk kembali kepada prestasi sebenar.

“Saya pernah berdepan keadaan seperti ini di semua kelab dan dapat lakukannya dengan baik. Secara jujur, saya mengakui United berada dalam situasi cukup sukar pada ketika ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI