fbpx

Ribut petir hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung antaranya Kelantan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sesawangnya, ribut petir juga diramal berlaku di Terengganu dan Negeri Sembilan.

“Manakala di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, kawasan pendalaman di Perak dan Pahang pula diramal berlaku ribut petir di satu dua tempat.

“Di Sabah, ribut petir diramal melanda satu dua tempat di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat,” katanya.

Tambah MetMalaysia, cuaca buruk ini juga akan melanda Betong, Sarikei, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI