fbpx

PM terima kunjungan hormat Penasihat Negara China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) ketika mengadakan pertemuan dengan Wang Xiaohong di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri berkata, pertemuan dengan Wang Xiaohong itu bertujuan bertukar pandangan mengenai isu semasa dan antarabangsa yang terkait, terutama berkaitan keselamatan yang memerlukan kerjasama antara kedua-dua negara.

“Platform ini juga peluang untuk kami kukuhkan hubungan kedua-dua negara dalam mendepani cabaran hal keselamatan Asia dan juga dunia, amnya.

“Sementelahan, tahun ini adalah ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun depan.

“Kesempatan ini, saya turut mengutuskan surat jemputan kepada Presiden China Xi Jinping untuk mengunjungi Malaysia tahun hadapan sempena sambutan ulang tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara itu,” katanya menerusi Facebook.

Pertemuan berkenaan turut disertai oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Duta Besar China Ke Malaysia Ouyang Yujing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI