fbpx

PM hulur sumbangan kepada dua artis veteran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Farhan (dua kiri) ketika menyampaikan sumbangan Anwar kepada Ibnor, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan bantuan kepada dua artis veteran tanah air Ibnor Riza dan Fauziah Samad yang sedang mengalami masalah kesihatan.

Anwar menerusi Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi, menyampaikan sumbangan bagi membantu urusan perubatan masing-masing.

Ibnor katanya, kini diuji dengan penyakit kanser limfoma manakala Fauziah menghidap penyakit osteoartritis sehingga terpaksa berkerusi roda.

“Mendapat khabar dukacita bahawa seniman dan seniwati tanah air, saudara Ibnor Riza dan saudari Fauziah Samad dilanda musibah kesihatan.

“Lantaran itu, hari ini Setiausaha Politik saya, saudara Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi mereka.

“Saya doakan mereka berdua dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T,” katanya menerusi Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI