fbpx

K2

Pencerahan mengenai solat sambil dukung bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perbuatan mendukung bayi ketika solat tidak membatalkan sembahyang. – Gambar hiasan

SOALAN: Adakah dibenarkan solat sambil mendukung bayi?

JAWAPAN: Penjelasannya adalah seperti berikut. Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Qatadah Al-Ansari R.A, beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah menunaikan solat dalam keadaan memikul/mendukung Umamah Binti Zainab Binti Rasulillah SAW dan dia merupakan anak kepada Abu Al-‘Ash bin Rabi’ah bin ‘Abd Syams.

Apabila sujud, baginda meletakkannya. Dan apabila baginda berdiri, baginda mendukungnya. (Riwayat Imam Al-Bukhari (516)).

Begitu juga berdasarkan sebuah riwayat lain yang juga daripada Abu Qatadah RA beliau berkata: Maksudnya: Aku melihat Rasulullah SAW menjadi imam kepada orang ramai dalam keadaan beliau mendukung Umamah binti Abi Al ‘Ash di atas tengkuk baginda. Apabila baginda rukuk, baginda meletakkannya dan apabila baginda bangun baginda mengangkatnya semula. (Riwayat Imam Al-Nasai (827))

Imam Al-Nawawi Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini beliau mengeluarkan beberapa pendapat. Kata beliau: Pada hadis ini terdapatnya dalil akan sahnya solat seseorang yang memikul anak Adam atau haiwan yang suci seperti burung ataupun kambing dan selainnya. Selain itu, pakaian dan jasad anak-anak kecil adalah bersih sehinggalah dikenal pasti kenajisannya.

Dan sesungguhnya perbuatan yang sedikit itu tidak membatalkan solat, serta perbuatan itu sekiranya dilakukan berkali-kali akan tetapi tidak secara berturutan, bahkan dilakukan secara berpisah (berasingan) tidak membatalkan solat.

Dan pada hadis ini juga terdapat petunjuk akan sifat tawadhu’ bersama dengan kanak-kanak dan keseluruhan golongan yang lemah, menyayangi mereka serta saling berlemah lembut kepada mereka. (Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (5/198)).

Kesimpulan, berdasarkan hadis-hadis yang telah disebutkan, jelas menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W memang pernah melakukan solat sambil memikul kanak-kanak. Walaupun begitu, hendaklah dipastikan kanak-kanak tersebut suci daripada najis. Kami cadangkan kanak-kanak itu dijaga oleh individu yang berkelapangan pada ketika itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI