fbpx

Pemancing terkejut lihat lelaki berjalan tengah laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki (dalam bulatan) berjalan di tengah laut di Pantai Alue Naga, Aceh baru-baru ini. - Foto TikTok/@rumponaluenaga

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang lelaki yang kelihatan seperti berjalan di atas laut di Aceh baru-baru ini, lapor laman berita Prohaba kelmarin.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok menggunakan akaun @rumponaluenaga pada Khamis minggu lalu. 

Ia dirakam oleh pemancing yang sedang duduk di atas sebuah bot.

Dalam video itu, seorang lelaki kelihatan seperti sedang berjalan secara santai dengan menyeberangi laut, namun sebenarnya, paras air di situ dikatakan hanya berada pada paras lutut. 

Sebuah bot kemudian berhenti di tengah laut berhampiran lelaki itu sebelum dia menghampiri dan menaiki bot tersebut.

Video itu kemudian menerima banyak komen daripada netizen dengan ada yang menyatakan bahawa terdapat beting pasir yang menyebabkan lelaki tersebut boleh berjalan di tengah laut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI