fbpx

Pasangan kekasih aktif curi van di Ampang diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek bersama van yang dicuri ketika ditahan sepasukan polis di Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur, kelmarin.

AMPANG -Sepasang kekasih ditahan selepas disyaki terlibat dalam jenayah mencuri kenderaan jenis van dan menjualnya semula di sekitar daerah ini bermula Jun sehingga Oktober lalu.

Kegiatan pasangan tersebut terbongkar apabila ditahan bersama sebuah van berisi peralatan kerja-kerja pemasangan mozek di Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, siasatan mendapati seorang lelaki berusia 62 tahun kehilangan van tersebut di tepi Jalan Bunga Melur 12, Taman Muda, di sini, 9 Oktober lalu.

Katanya, mangsa memaklumkan kenderaan van jenis Nissan Vanette miliknya hilang ketika mahu menggunakan kenderaan tersebut sekitar pukul 7 pagi.

“Susulan laporan dibuat, sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang telah menahan seorang lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 37 dan 32 tahun sekitar pukul 3 petang, kelmarin.

“Kedua-dua suspek yang tidak bekerja itu disyaki terlibat dalam kes yang disiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek pertama mempunyai 19 rekod jenayah dan 11 rekod narkotik manakala manakala ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif methamphetamin.

“Ekoran tangkapan itu, antara barangan rampasan yang diambil adalah lsebuah van, sebuah kereta yang masih dilaporkan hilang, telefon bimbit (5), Ipad (1), sebuah beg mengandungi pelbagai rantai, alat spanar (4), resit hotel (1),” katanya.

Jelas Mohd Azam, siasatan mendapati suspek aktif melakukan curi van dalam daerah Ampang dan sekitar Kuala Lumpur.

“Permohonan reman keatas kedua-dua suspek dibenarkan Majistret Ampang selama empat hari bermula semalam sehingga Sabtu ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun keseksaan merujuk kepada melakukan kesalahan mencuri kenderaan.,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI