fbpx

MYAirline: Perkeso proses 357 faedah insurans pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang memproses sebanyak 357 permohonan faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bagi meringankan beban pekerja syarikat penerbangan, MYAirline yang terjejas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, usaha tersebut merupakan hasil daripada lima program intervensi yang dilaksanakan bermula 12 Oktober lalu.

Menurutnya, intervensi pertama diadakan melalui mesyuarat secara dalam talian bersama pengurusan sumber manusia syarikat terbabit iaitu sejurus selepas MYAirline mengumumkan penggantungan operasi.

“Dua lagi mesyuarat secara dalam talian dan fizikal, masing-masing diadakan pada 18 dan 19 Oktober melibatkan pengurusan tertinggi MYAirline untuk merangka program susulan bagi memastikan kebajikan hidup pekerja syarikat itu terjamin.

“Menerusi taklimat ini, Perkeso juga mendapatkan butiran pekerja MYAirline untuk proses 357 permohonan faedah SIP bagi tempoh maksimum selama enam bulan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Mohammed Azman berkata, Perkeso turut bekerjasama dengan Malaysia Airlines (Mas) untuk menyerap kakitangan MYAirline melalui temu duga bagi jawatan kru kabin, jurutera dan khidmat pelanggan.

Bagaimanapun, katanya, Perkeso akan terus melipat ganda usaha ke arah penyaluran bantuan, termasuk dari segi pemberian faedah, penempatan pekerjaan baharu dan peningkatan kemahiran dalam kalangan pekerja MYAirline.

“Rentetan daripada perkara ini, adalah penting untuk majikan pastikan caruman Perkeso untuk pekerja dibuat mengikut ketetapan kerana jika majikan culas, kebajikan kakitangan bakal terjejas,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI